Sunday, March 23, 2008

RECIPE #1: KERABU MANGGA



Resepi pertama saya hari ni ialah KERABU MANGGA. Saya tahu ramai antara kita yang tahu buat kerabu mangga yang lebih hebat dari apa yang bakal saya berikan. Anyway, kepada sesiapa yang ingin mencuba kerabu mangga saya, di sini saya sertakan resepinya:



BAHAN-BAHAN:
Buah mangga muda
Udang kering
Bawang merah
Kacang tanah
Cili api
Buah tomato
Serai
Kicap sotong
Garam
Gula


CARA PENYEDIAAN:
Sagat buah mangga mengikut citarasa masing-masing, tumbuk udang kering dan kacang tanah (kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya terlebih dahulu). hiris cili api, serai dan bawang merah halus-halus. Buah tomato dipotong dadu. campurkan kesemua bahan tersebut, bubuh sedikit kicap sotong, garam dan gula mengikut citarasa anda. Akhirnya KERABU MANGGA versi Sofia (he..he..he..) sedia untuk dihidang. SELAMAT MENCUBA!



4 comments:

Anonymous said...

sofia, gambo mana pulak u cilok ni?Kerabu ni wife ustaz kasim ke wife ustaz yusof yang buat?he, he, he.

sofia said...

to anonymous,
Alamak! ni sape ni? Gambar tu sy amik selepas sy siapkan kerabu tu..diambil dari jarak dekat, pinggan tu sy letak atas kerusi mkn. Ini bkn kerabu wife ust yusof tp memang kerabu sy sendiri, cipta sendiri setelah meneliti kerabu buatan kantin di UKC.

Anonymous said...

Must cook for Busu when I'm in KL. This is one of my favourites - tapi jgn masam sangat lah..

sofia said...

to busu,
insyaallah when i go back to j.b next week, ok