Assalamualaikum,
Hari ini semua rakyat Malaysia yg bergelar pengundi berdaftar akan keluar mengundi seawal 8 pagi. Aku sendiri akan menunaikan tanggungjawab tersebut sekitar tengahari nanti, setelah selesai urusan di rumah. Sudah berhari2 aku menunggu saat ini.Dalam hati rasa berdebar itu sudah aku rasai sejak berhari yang lalu. Demam pilihanraya (PRU 12)kali ini aku rasakan agak istimewa kerana anak2 aku sudah mula memahami apa itu pilihanraya walaupun mereka masih mentah dan belum layak untuk mengundi.
Bella (11 tahun)sibuk juga bercerita dan bertanya pelbagai soalan berkenaan election and parties involved. Apatah lagi bila dia menangkap perbualan aku dan suami berkenaan isu yang sedang panas sekarang ini.
Umair (9 tahun)juga tahu apa itu election. Tapi yang lucunya..dia pernah bertanya kepada aku :"mama, roket tu parti PAS ye mama?" Oleh kerana terlalu banyak flags and posters tergantung sepanjang jalan, dia sendiri tak tahu which flag belongs to which party.
Yang paling mencuit hati aku, Nuha (7 tahun)yang sudah mengetahui aku akan membuang undi hari ini, sibuk bertanya kepadaku sejak malam tadi samaada aku akan membawa dia bersama ke polling centre. Bila aku jelaskan yang kanak2 tak boleh pergi sebab orang ramai, takut hilang, dia cakap:"Takpe la mama, biar nuha dok diam2 makan nasi minyak, mama undilah ye". he...he...dia ingatkan tempat mengundi ni macam kenduri, ada nasi minyak lagi!
Adikku, Syamel yang akan membuang undi buat pertama kali..tidak begitu pasti dengan pilihannya. Dia yang masih bergelar siswa, tidak banyak mendapat pendedahan sepanjang tempoh berkempen. Apa lagi...kami pun malam tadi berkempen lah pada dia. kami berikan all the reasons why he must vote our chosen party..he..he..tambah lagi satu undi!
Apa-apapun, itulah kesan demam pilihanraya kepada seluruh rakyat Malaysia, mengikut perspektif dan tahap pemikiran masing2. Mereka yang sudah menjadi pengundi berdaftar, diharap tidak akan mensia2kan peluang yang ada demi masa depan negara. sesungguhnya masa depan negara terletak diatas kebijaksanaan anda memilih kerajaan. Pada saya yang merupakan pengalaman kedua setelah bergelar pengundi, hari ini saya akan lakukan tanggungjawab terhadap agama saya, bangsa saya dan negara saya sebaik mungkin. Pengalaman ini adalah sesuatu yang manis buat saya, kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan setelah memangkah parti pilihan saya dan seterusnya memasukkan kertas undi ke dalam peti yang disediakan.
Kepada mereka yang sudah layak mengundi, tetapi masih belum mendaftar..daftarlah segera. Jangan tunggu sehingga di saat akhir. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menentukan halatuju negara yang dicintai ini.
KEPADA SEMUA PENGUNDI YANG AKAN MEMBUANG UNDI PADA HARI INI...SELAMAT MENGUNDI! SEMOGA ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BIJAK, INSYAALLAH!
Saturday, March 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment