Berbalik kpd isu yang saya bangkitkan sebelum ini, secara dasarnya rasa cinta yg terbit itu tidak salah selagi mana ia tidak melanggar batas2 Islam. Akan tetapi, apa yg merunsingkan hari ini ialah sikap remaja itu sendiri terhadap cinta yg terbit di hati mereka. Rasa cinta itu sering didorong oleh rasa ingin bertemu dan bersua muka, berpandangan, dan berbicara secara berdepan. Agak sukar untuk setiap insan menolak gelora dihati apabila dua pasang mata berlainan jantina bertemu, apatah lagi jika pertemuan itu adalah atas dasar cinta.
Ulamak besar, Dr Yusoff Al-Qardhawi ada memberi pendapat beliau di dalam beberapa kitabnya berkenaan isu di atas, secara prinsipnya, pertemuan antara lelaki dan perempuan itu tidak dilarang sama sekali, bahkan dibenarkan selagi mana objektif dan niat selari dengan tuntutan Islam..iaitu seperti untuk tujuan menuntut ilmu, tugasan yang baik, projek kebajikan, jihad dan perkara-perkara yang lain yang memerlukan pertemuan antara dua jantina ini terjadi dalam suasana yang dibenarkan Islam.
Bagaimanapun, pertemuan2 yang dimaksudkan wajiblah mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Dr Yusoff Al-Qardhawi juga telah menggariskan beberapa kondisi yang harus dipenuhi oleh mereka yang terlibat secara langsung di dalam mana2 pertemuan berlainan jantina ini:
1) Kedua-dua belah pihak mestilah menundukkan pandangan. Tiada wujudnya pandangan nafsu sebagaimana Allah berfirman di dalam kitab Al-Quran, surah An-Nur, ayat 30-31 yang menggesa orang lelaki dan wanita agar menundukkan pandangan demi melindungi maruah diri. Dalam ayat ke-31, Allah seterusnya menyuruh kaum wanita agar tidak menunjukkan perhiasan diri kepada lelaki ajnabi termasuklah pewangi bagi mengelak sebarang tarikan nafsu yang mungkin timbul di dalam pertemuan tersebut, sekalipun pada dasarnya pertemuan itu adalah untuk tujuan kebaikan.
2) Wanita Muslim wajib mematuhi perintah Allah di dalam berpakaian. Ini adalah bagi mengelak sebarang fitnah yang mungkin timbul sepanjang pertemuan tersebut. Tiada pakaian yang ketat, mengikut bentuk tubuh badan atau yang longgar tetapi amat nipis sehingga mampu dilihat dibawah cahaya lampu atau sinaran matahari.
3) Wanita yg terlibat didalam pertemuan dgn lelaki ajnabi harus serius didalam perbincangan bagi mengelak dari pengaruh syaitan untuk memikat orang lelaki dgn suara yang manja.
4) Lelaki dan wanita ajnabi diharamkan sama sekali berada di tempat2 yang tertutup secara berdua-duaan. Sekalipun, tujuan asal pertemuan adalah atas dasar lain, syaitan akan memainkan peranan yang cukup baik bagi mempengaruhi anak Adam terjerumus ke lembah dosa, nauzubillah.
Kesimpulannya, adakah cinta sesama manusia itu haram? Secara peribadi saya tidak berpendapat sedemikian kerana cinta itu adalah kurniaan Allah. Akan tetapi perlakuan mereka yang jatuh cinta itu selalu menjadikan cinta itu haram. Seharusnya rasa cinta yang terbit itu disusuli sesegera mungkin dengan pernikahan bagi menghalalkan hubungan tersebut dan mengutip sebanyak mungkin pahala yang telah Allah janjikan. Bukannya dengan membuat lebih banyak dosa hasil percintaan tersebut.
Walaubagaimanapun, mana mungkin remaja kita hari ini merialisasikan hubungan cinta yang halal itu kerana ibubapa hari ini lebih bersikap orthodox dari bersikap terbuka. Mereka melarang anak mereka berkahwin diusia muda kerana bimbang tidak akan berjaya dalam pelajaran sekalipun mereka maklum yang anak mereka sudah mempunyai kekasih dan sering bertemu atau dlm kata lain ber'dating'. Mereka nampaknya lebih rela melihat anak-anak mereka membuat dosa2 hasil percintaan tersebut dari mengutip lebih banyak pahala melalui perkahwinan yang sah dan seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT. Wallahua'lam..
Monday, April 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
well kakpi...people nowdays cahnged too much..they not anymore walking on real path wat should they run...yang pandai dalam agama katanya ikut research lebih kedepan dalam cinta2 yang terlarang ni..
to anonymous,
thanks for the comment,
definitely people nowadays change a lot. But what stated in the holy Quran and prophet's Ahadith never change and always applicable until the end of the day.It is ourselves to follow or not what directed by Allah swt, wallahua'lam.
sorry pi,
I didn't realize it was you who sent the comment above, that's why I used 'anonymous' instead of addressing your name. Sorry..
Post a Comment