Wednesday, April 2, 2008

Celine Dion...sejauh mana kedatangannya memberi impak positif?


Sebahagian warga Malaysia sudah maklum tentang kedatangan Celine Dion, penyanyi antarabangsa yang cukup sinonim dengan filem box-office "Titanic" lakonan Leonardo de Caprio dan Kate Winslet. Beliau dijangka bakal menggegarkan Stadium Merdeka dengan konsertnya. Tiket-tiket berharga antara RM185 hingga RM1000 dijangka bakal terjual. Ternyata, kedatangan Celine Dion amat2 dinantikan oleh peminat2nya di sini.


Persoalannya, sejauh manakah kepentingan Celine Dion didalam memberi impak positif terhadap perkembangan modal insan? Inilah dilemma yang harus diambil kira oleh semua pihak. Jika kerajaan menekankan berkenaan kepentingan modal insan di dalam melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai intelek, jati diri dan sahsiah yang cemerlang, gemilang dan terbilang, apa pula kewajipan sosial pihak-pihak seperti syarikat2 muzik Malaysia? Adakah dengan membawa masuk penyanyi seperti Celine Dion mampu untuk melahirkan insan seperti yang saya gambarkan di atas? Apa pula tanggungjawab yang harus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia, terutama golongan cendekiawan, ulamak dan professional?


Pendapat saya mungkin berbeza, tetapi tidak salah jika anda semua cuba berfikir apa yang sedang saya utarakan. Pada saya kedatangan Celine Dion tidak lain hanya akan mengundang lebih banyak bencana kepada moral anak2 Malaysia. Konsert beliau tidak langsung memberi apa2 makna terhadap keberkesanan modal insan yang sering diwar2kan oleh kerajaan. Seharusnya, permit untuk mengadakan konsert beliau tidak patut diluluskan jika kerajaan mengambil kira kesan jangka pendek dan jangka panjang atau, dalam kata lain, natijah daripada konsert tersebut. Syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk Celine Dion juga dilihat tidak langsung memikirkan tanggungjawab sosial sebaliknya hanya ingin mengaut keuntungan dari "road tour" Celine Dion. Anak2 muda akan semakin lalai apabila terlalu banyak disogok dengan hiburan, dan inilah yang harus menjadi kembimbangan kita pada hari ini.


Jika hendak diambil kira natijah yang mungkin akan berlaku rentetan dari isu ini, ia adalah sesuatu yang amat menakutkan saya. Apa yang sedang berlaku hari ini pun sudah cukup ngeri dan semuanya adalah kerana kelalaian kita semua. Apabila terlalu banyak hiburan yang melalaikan mewarnai hidup seseorang, maka disitulah bermulanya sebuah kehancuran modal insan. Kerana lalai lah kita melihat terlalu banyak pergaulan bebas berlaku dikalangan remaja hari ini, kerana lalai lah kita menyaksikan kes-kes kehamilan diluar nikah, kerana lalai jugalah kita didedahkan dengan kes2 buang bayi, sumbang mahram, rogol, penggunaan ecstacy, bohsia dan macam2 lagi. Semua ini berpunca dari terlalu banyak kelalaian dan salah satu punca utama ialah hiburan yang melampau2.


Kita tidak perlukan Celine Dion untuk melahirkan insan yang bersahsiah tinggi. Kita tidak perlukan Celine Dion untuk melahirkan insan yang berjiwa kental. Sememangnya, bukan Celine Dion sahaja, malah semua artis2 barat tidak dapat membantu apa2 didalam menjana modal insan. Artis2 tempatan yang sudah cukup ramai hari ini juga tidak semua mempunyai moral yang selari dengan budaya Malaysia. Jadi, bagaimana mungkin kita dapat menyelamatkan masa depan anak2 Malaysia jika kita terus mengagungkan artis2 dan budaya hedonisme barat? Fikir-fikirkanlah.....

2 comments:

Anonymous said...

madam..dia dah datang pun jumpa dato siti...bagi madam,,ape yg madam fikir bila dulu pasukan chelsea nak datang malaysia malaysia tolak sebab ada pemain israel n jurulatihnya israel...tapi kedatangan celine dion ni boleh pulak..tapi dalam paper ari ni najib kata nak terima pulak kedatangan pasukan chelsea ni..

sofia said...

dear anonymous,

itulah kepincangan yg ada dlm kerajaan kita. Tidak komited dan konsisten dgn pendirian. Mungkin itu yg dimaksudkan dgn "Islam Hadhari"