Monday, April 7, 2008

REMAJA HARI INI, DI MANA KESUDAHANNYA?

gambar ini sekadar hiasan

Saya rasa cemas, bimbang dan takut apabila melihat masalah sosial yang semakin meruncing dikalangan para remaja kita hari ini. Perlakuan sesetengah dari mereka mengalahkan 'mat salleh' yg sememangnya tidak ada batasan dalam hidup. Ini dapat kita saksikan di merata tempat terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Pergi sahaja ke pusat-pusat membeli belah seperti di Mid Valley, KLCC dan One Utama. Golongan ini tanpa rasa segan silu berjalan atau melepak, bergaul lelaki perempuan dengan pergaulan yang cukup, malah terlalu bebas. Kadang-kadang saya sendiri merasa malu dengan perbuatan mereka seolah-olah mereka sedang hanyut di dalam dunia mereka sendiri, di depan kita mereka begitu berani beraksi..yang lelaki memeluk dan merangkul pinggang sambil sekali-sekala bibir melekap ke pipi si perempuan. Yang perempuan pula, dengan rela membiarkan diri diraba, dijamah sana-sini tanpa rasa malu dengan orang sekeliling, apatah lagi rasa takut dengan Allah.

Saya tidak pasti adakah fenomena ini akan berakhir suatu hari nanti? Atau mungkinkah dunia kita di masa depan akan menjadi seperti di Holland dan sebahagian besar negara barat? Segalanya boleh,there is a freedom of life. Jika difikirkan, saya amat takut untuk melihat masa depan anak-anak saya sendiri, bimbang jika pendidikan agama yang saya beri dan benteng iman yang saya bina dalam diri anak-anak saya runtuh jua akhirnya dek terkena panahan arus semasa...nauzubillah!

Saya yakin, ramai ibubapa yang bersetuju dengan saya. Masing-masing merasa bimbang dengan permasalahan hari ini. Tetapi, masyarakat seolah-olah buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Semakin hari masalah yang timbul semakin menjadi-jadi....kes buang anak, bohsia, mat rempit, clubbing, dadah, arak dan macam-macam lagi semacam menjadi perkara biasa hari ini. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah ini, tetapi seperti tiada titik noktah...Rakan Muda, PLKN, dan pelbagai program yang direncanakan untuk remaja semuanya tidak mampu menyelesaikan masalah sosial remaja kita hari ini. Saya bertanya di dalam hati, dimanakah silapnya? Apakah kurangnya pengisian2 di dalam program2 tersebut yang menjadikan objektif sebenar, iaitu menangani masalah sosial tidak tercapai?

Jika direnung kembali, segala cacat-cela dalam masalah remaja hari ini ialah kerana tiada penghayatan tentang Islam secara total. Anak remaja kita hari ini memang sesetengahnya mendapat pendedahan agama sejak kecil, tetapi pendedahan dan amalan sahaja tidak cukup. Yang terpenting ialah amalan disusuli dengan penghayatan, itulah yang saya fikir menjadi punca kepada kepincangan sahsiah remaja hari ini. Wallahua'lam......
Kelab malam - sekadar hiasan

No comments: