Tuesday, March 10, 2009

APA SUDAH BERLAKU?

Apa sudah berlaku dengan politik Malaysia? Sana-sini rakyat memerhatikan betapa rakus dan emosinya pemimpin-pemimpin kita, baik yang menggelar diri mereka sebagai kerajaan, mahupun yang tahu mereka adalah pembangkang berbalah sesama sendiri demi segenggam kuasa ke atas sebuah kerajaan. Budaya lompat parti seakan satu fenomena biasa dan mungkin akan menjadi lebih biasa selepas ini. Saya bukan omong kosong, tapi jika Allah izinkan, rakyat Malaysia akan menyaksikan beberapa lagi insiden lompat parti selepas ini dalam tahun ini juga. Demi kuasa, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Kerana apa? Kerana kuasa memberi kelebihan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan...kecuali jika kuasa itu diberi kepada pemimpin yang menjadikan Rasulullah sebagai model, insyaallah tiada penyalahgunaan kuasa, tiada penyelewengan kuasa dan tiada penindasan keatas rakyat.
Tidakkah para pemimpin hari ini sedar bahawa ada agenda yang jauh lebih penting dari apa yang mereka rebutkan? Tidakkah mereka sedar kenapa mereka berada ditampuk pemerintahan hari ini? Tidakkah mereka tahu fungsi mereka sebagai wakil kepada rakyat, tidak kira mereka itu dikalangan 'government of the day' atau pembangkang? Bagaimana dengan nasib rakyat yang diwakili? Terbelakah mereka dengan suasana politik hari ini yang sangat kacau-bilau?
Rakyat harus sedar, dan mesti berfikir dengan bijak. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis sesetengah pemimpin. Apabila berlaku seperti yang sedang berlaku hari ini, siapa yang menjadi mangsa keadaan? Bukankah rakyat jelata? Yang sepatutnya lebih berkuasa dari mereka yang sedang bertengkar itu? Kerana 'kerajaan' itu adalah rakyat dan rakyat itu adalah 'kerajaan'. tapi apa kuasa kita dengan kemelut yang sedang berlaku? Hanya sebagai pemerhati....kemudian bertepuk tangan kepada pemenang dan mengucapkan 'takziah' kepada yang kalah. Itu sahaja?
Rakyat mesti celik undang-undang dan ilmu perlembagaan kerajaan. Apa yang berlaku hari ini seharusnya diatasi dengan berbalik kepada perlembagaan. Bukannya dengan disatu pihak, membuat sesuatu yang melanggar perlembagaan dan disatu pihak yang lain, berkeras mempertahankan apa yang dimiliki. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin, rakyat hari ini lebih bijak menilai, tidak mampu berbuat apa-apa sekarang...pasti mereka akan lakukan itu demi hak mereka apabila tiba masanya nanti untuk mereka memilih pemimpin. Jadi, berhati-hatilah pemimpin hari ini....jika anda berada di landasan yang betul, anda akan selamat insyaallah. Jika tidak, anda tahu akibatnya nanti.
Apa-apapun, ingatlah yang Allah itu MAHA ADIL....

No comments: