Monday, April 6, 2009

NAK JUAL RUMAH

PERHATIAN, ADA RUMAH UNTUK DIJUAL. HERE ARE THE PARTICULARS:


ALAMAT
NO: 19, JALAN CECAWI 6/22
SEKSYEN 6, KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA.

LOKASI & KAWASAN SEKITAR
DI SEKSYEN 6, KOTA DAMANSARA.
RUMAH TERES, END-LOT DENGAN LEBIHAN TANAH DI TEPI SELEBAR 10 KAKI.
KELUASAN RUMAH 20’ X 65’, TANAH LEBIH 15’ DI HADAPAN, 5’ DI BELAKANG & 10’ DI TEPI.
PUSAT MEMBELI BELAH BERDEKATAN: 1) GIANT KOTA D’SARA (5 MINIT)
2) TESCO MUTIARA DAMANSARA (10
MINIT)
3) IKEA MUTIARA D’SARA (10 MINIT)
4) THE CURVE (10 MINIT)
5) ONE UTAMA (15 MINIT)

MASJID & SURAU: 1) MASJID KOTA D’SARA, SEKSYEN 5. (5 MINIT)
2) SURAU GUGUSAN CEMPAKA (5 MIN-JALAN KAKI)
3) SURAU2 YG LAIN JUGA BANYAK DAN DEKAT

KEMUDAHAN LAIN: 1) KEDAI RUNCIT DAN LAIN2 KEDAI HANYA 100 METER.
2) BALAI POLIS – 200 METER
3) KFC – 200 METER
4) PIZZA HUT – 200 METER
5) MC DONALDS – 250 METER
6) BAZAAR RAMADHAN (SEMASA BULAN RAMADHAN)-
100 METER
7) PASAR TANI (SETIAP AHAD) – 500 METER
8) SEKOLAH RENDAH – 150 METER
9) PADANG PERMAINAN – 50 METER
10) PELBAGAI JENIS BANK DI DATARAN SUNWAY ,
BERHAMPIRAN GIANT - 5 MINIT MEMANDU.
11) PAM MINYAK SHELL – 350 METER
12) PAM MINYAK PETRONAS – 3 MINIT MEMANDU
13) TROPICANA MEDICAL CENTRE – 3 MINIT
14) SEKOLAH MENENGAH DI SEKSYEN 4 –
2 MINIT.
15) SEKOLAH RENDAH AGAMA DI SEKSYEN 7 –
5 MINIT.
16) PERHENTIAN BAS – 100 METER
17) SEGI UNIV COLLEGE – 3 MINIT.
18) SEKOLAH SRI KDU – 3 MINIT
19) PUSAT PERUBATAN ISLAM (PUSRAWI) DI
SEKSYEN 8 – 5 MINIT
20) TAMAN REKREASI & TASIK DI SEKSYEN 9 –
10 MINIT
ADA BANYAK LAGI KEMUDAHAN2 LAIN YG TIDAK DAPAT DISENARAIKAN KRN TERLALU BANYAK. BOLEH LAYARI INTERNET MENGENAI KOTA DAMANSARA

FACILITIES YG AKAN DIJUAL BERSAMA DGN RUMAH
1) PENAPIS AIR ‘DELCOL’ – DIPASANG DI PAIP UTAMA DI LUAR RUMAH, MENAPIS AIR YG DISALURKAN KE SEMUA PAIP DLM RUMAH.
2) RUMPUT KARPET DI SEKELILING KOMPAUN RUMAH.
3) PENGHAWA DINGIN – 3 BUAH (DALAM 3 BILIK TIDUR)
4) KIPAS ANGIN – DI SEMUA RUANG DAN BILIK
5) LAMPU – DI SEMUA RUANG DAN BILIK
6) KABINET DAPUR (LENGKAP)
7) KABINET LEKAT (ATAS SHJ) DI BILIK TIDUR TINGKAT BAWAH.
8) ‘BUILT-IN WARDROBES’ DI SEMUA BILIK TIDUR DI TINGKAT ATAS – DIPASANG SECARA MENYELURUH DR LANTAI HINGGA KE SILING.
9) BUILT-IN DRESSING TABLE DI BILIK TIDUR UTAMA
10) 2 RAK BUKU DI 2 BILIK TIDUR (BUILT-IN)
11) 2 KATIL BUJANG DENGAN 2 ‘PULL –OUT’ DI 2 BILIK TIDUR (BUILT-IN)
12) 2 ‘WATER HEATER’ DI 2 BILIK AIR DI TINGKAT ATAS

SPESIFIKASI RUMAH
1) 4 BILIK TIDUR (3 DI ATAS & 1 DI BAWAH)
2) 4 BILIK AIR (3 DI ATAS & 1 DI BAWAH)
3) 1 RUANG KELUARGA DI TINGKAT ATAS
4) 1 ‘DRY AREA’ – DILENGKAPI PAIP DAN SUIS
5) LANTAI RUANG TAMU – ‘BROKEN MARBLE’
6) LANTAI DAPUR DAN BILIK AIR – CERAMIC
7) LANTAI TINGKAT ATAS – PAPAN PAKER

HARGA JUALAN
RM 400,000.00 (BOLEH DIRUNDING)

Tuesday, March 17, 2009

SPM....SEKOLAH AGAMA NEGERI SEMAKIN CEMERLANG

Kejayaan besar yang telah diraih oleh adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal dari Kelantan dalam peperiksaan SPM 2008 telah sekali lagi membuka mata banyak pihak mengenai sekolah agama milik kerajaan negeri. Sememangnya adik Madihah telah menjulang nama sekolahnya; Maahad Muhammadi LilBanat, Kota Bharu Kelantan dengan kejayaan meraih 19A1 dan 1A2, menjadikannya pelajar terbaik Kelantan untuk SPM 2008. Jika diselak kembali tabir kejayaan SPM sebelum ini, Madihah bukanlah pelajar pertama yang telah mengharumkan nama Maahad Muhammadi. Pada tahun 2007, Malaysia telah menyaksikan adik Siti Fatimah Mukhtar dari sekolah yang sama mendapat 17A1 dan 1A2 dalam SPM 2006.
Kepada mereka yang peka dan mengikuti kisah kedua-dua pelajar ini, pasti kita maklum bahawa kedua-dua mereka tidak meletakkan kelas tuisyen luar sebagai faktor kepada kejayaan mereka. Apatah lagi adik Madihah datang dari keluarga miskin dan sememangnya dia tidak mampu untuk menghadiri kelas tuisyen selain apa yang disediakan di sekolahnya. Sebaliknya, selain munajat kepada Allah SWT dan sokongan tidak berbelah bagi ibubapa, kedua-dua pelajar ini mengakui sekolah mereka merupakan salah satu penyumbang besar kepada kejayaan mereka; sistem pembelajaran yang konsisten dan sistematik, guru-guru yang mempunyai kesungguhan dan kredibiliti yang tinggi dan tarbiyyah yang diterima secara terus dari pihak sekolah telah menyuntik semangat untuk berjuang demi merangkul kejayaan yang besar.
Mana mungkin sekolah agama milik kerajaan negeri tidak hebat? Kejayaan Siti Fatimah dan Nik Nur Madihah sudah cukup membuktikannya. Jika dilihat secara menyeluruh statistik kejayaan Maahad Muhammadi Lilbanat, pelajar-pelajar lain juga telah meraih kejayaan cemerlang yang cukup membanggakan. Apakah rahsianya? Saya yang juga merupakan salah seorang bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat tahu apa yang telah disajikan oleh pihak sekolah kepada pelajarnya....tarbiyyah islamiyyah yang sebenar. Itulah kunci kejayaan kami di Maahad Muhammadi Lilbanat. Sekolah tersebut begitu menitikberatkan tarbiyyah, santapan rohani yang disajikan di Maahad tidak terdapat di mana-mana sekolah berasrama penuh (saya juga bekas pelajar sekolah agama berasrama penuh semasa di tingkatan 4 dan 5, selepas kejayaan PMR di Maahad). Apabila para pelajar sudah disuntik dengan tarbiyyah yang cemerlang, proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan teratur kerana menuntut ilmu dengan ikhlas itu sudah menjadi tunjang perjuangan Islam.
Sekalipun bukan semua guru-guru di Maahad bertauliah dengan Diploma Pendidikan atau KPLI seperti yang diwajibkan kepada semua guru-guru Kementerian, tetapi kekurangan itu bukanlah pematah semangat dan kayu pengukur untuk menafikan kehebatan sekolah agama negeri. Apa yang ada pada setiap guru di Maahad ialah keikhlasan memberi ilmu, kesungguhan membimbing pelajar dan semangat yang jitu dalam memberi komitmen kepada anak didiknya. Inilah kunci kejayaan Maahad Muhammadi Lilbanat.
Walaubagaimanapun, apa yang lebih membanggakan. Dari pemerhatian saya hari ini sebagai pendidik di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, pelajar-pelajar yang datang dari kebanyakan sekolah agama negeri termasuk Maahad Muhammadi Lilbanat menampilkan ketrampilan diri yang jauh lebih cemerlang dalam bidang kokurikulum selari dengan kejayaan mereka dalam bidang akademik, jauh meninggalkan rakan-rakan mereka yang datang dari sekolah bukan kerajaan negeri. Mengapa begitu? Kerana sekolah seperti Maahad Muhammadi begitu menitikberatkan sahsiah pelajar merangkumi pelbagai aspek dan disiplin ilmu. mereka tidak didedahkan hanya dengan peperiksaan, tetapi digalakkan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, menjadikan mereka pelajar yang berketrampilan, berwawasan dan berjiwa pemimpin. Buktinya, di universiti saya mengajar hari ini, sebahagian besar para pemimpin pelajar adalah mereka yang datang dari sekolah agama negeri.
Oleh itu para ibubapa, fikir-fikirkanlah.....

Tuesday, March 10, 2009

APA SUDAH BERLAKU?

Apa sudah berlaku dengan politik Malaysia? Sana-sini rakyat memerhatikan betapa rakus dan emosinya pemimpin-pemimpin kita, baik yang menggelar diri mereka sebagai kerajaan, mahupun yang tahu mereka adalah pembangkang berbalah sesama sendiri demi segenggam kuasa ke atas sebuah kerajaan. Budaya lompat parti seakan satu fenomena biasa dan mungkin akan menjadi lebih biasa selepas ini. Saya bukan omong kosong, tapi jika Allah izinkan, rakyat Malaysia akan menyaksikan beberapa lagi insiden lompat parti selepas ini dalam tahun ini juga. Demi kuasa, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Kerana apa? Kerana kuasa memberi kelebihan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan...kecuali jika kuasa itu diberi kepada pemimpin yang menjadikan Rasulullah sebagai model, insyaallah tiada penyalahgunaan kuasa, tiada penyelewengan kuasa dan tiada penindasan keatas rakyat.
Tidakkah para pemimpin hari ini sedar bahawa ada agenda yang jauh lebih penting dari apa yang mereka rebutkan? Tidakkah mereka sedar kenapa mereka berada ditampuk pemerintahan hari ini? Tidakkah mereka tahu fungsi mereka sebagai wakil kepada rakyat, tidak kira mereka itu dikalangan 'government of the day' atau pembangkang? Bagaimana dengan nasib rakyat yang diwakili? Terbelakah mereka dengan suasana politik hari ini yang sangat kacau-bilau?
Rakyat harus sedar, dan mesti berfikir dengan bijak. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis sesetengah pemimpin. Apabila berlaku seperti yang sedang berlaku hari ini, siapa yang menjadi mangsa keadaan? Bukankah rakyat jelata? Yang sepatutnya lebih berkuasa dari mereka yang sedang bertengkar itu? Kerana 'kerajaan' itu adalah rakyat dan rakyat itu adalah 'kerajaan'. tapi apa kuasa kita dengan kemelut yang sedang berlaku? Hanya sebagai pemerhati....kemudian bertepuk tangan kepada pemenang dan mengucapkan 'takziah' kepada yang kalah. Itu sahaja?
Rakyat mesti celik undang-undang dan ilmu perlembagaan kerajaan. Apa yang berlaku hari ini seharusnya diatasi dengan berbalik kepada perlembagaan. Bukannya dengan disatu pihak, membuat sesuatu yang melanggar perlembagaan dan disatu pihak yang lain, berkeras mempertahankan apa yang dimiliki. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin, rakyat hari ini lebih bijak menilai, tidak mampu berbuat apa-apa sekarang...pasti mereka akan lakukan itu demi hak mereka apabila tiba masanya nanti untuk mereka memilih pemimpin. Jadi, berhati-hatilah pemimpin hari ini....jika anda berada di landasan yang betul, anda akan selamat insyaallah. Jika tidak, anda tahu akibatnya nanti.
Apa-apapun, ingatlah yang Allah itu MAHA ADIL....